
Your Hajj & Umrah
Consultant


DR ABDULLAH AZZAM

Syeikh Abdul Hamid Kisyk
KENALI TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD MODEN
Dalam sejarah Islam moden, rakaman sejarah telah ditoreh dengan tinta emas oleh Syeikh Abdul Hamid Kisyk, ulama' buta al Azhar yang juga merupakan seorang pemidato yang hebat. sebut saja nama Syeikh Kisyk, rata-rata dikalangan masyarakat tempatan Mesir dan para pelajar luar di Universiti al Azhar mengenali betul ketokohannya, khususnya ketika menyampaikan khutbah yang bukan sahaja mampu mengalirkan airmata setiap pendengar, malah para jemaah untuk bersolat jumaat tidak berpeluang menatap wajahnya dari dekat, kerana masjid di temapt beliau menyampaikan khutbah dibanjiri oleh para jemaah sejak awal jam 8.00 pagi lagi...
Setiap ungkapan yang dilafazkan mengandungi pengajaran yang menginsafkan para pendengar, untaian kata-katanya umpama mutiara indah disusun dengan nas-nas yang mantap dan menyihir telinga manusia, nada suaranya sempurna sehingga menyentap relung hati manusia sekaligus mampu mencairkan perasaan yang angkuh kepada agama. malah, jemaah kadang kala tenggelam dalam esakan tangis syahdu apabila mendengar beliau berkhutbah.
Syeikh Abdul Hamid Kisyk dilahirkan pada 10 mac 1933M bersamaan 14 Zulkaedah 1351H di Daerah shubra kheit dalam Wilayah al Buhaira, Mesir dari keluarga yang menitikberatkan pendidikan agama.
-
Menghafaz al Quran seluruhnya ketika mencecah usia 10 tahun ketika belajar di Maahad Agama di Iskandariah dan menjadi pelajar paling cemerlang
-
Di peringkat Menengah beliau dihantar belajar oleh bapanya di Maahad al Azhar dan menjadi pelajar terbaik peringkat seluruh negeri Mesir
-
Menyambung pelajaran dalam Fakulti Usuluddin Universiti al Azhar dan berjaya menjadi pelajar pada kedudukan pertama selama 4 tahun berturut-turut
-
Setelah tamat belajar, beliau telah dilantuk oleh pihak Universiti untuk menjadi Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin
Walaupun buta, Syeikh Kisyk tidak buta seperti sangkaan banyak pihak terutama pihak pemerintah Mesir yang menjalankan sistem pentadbiran sekular. Beliau adalah antara ulama' yang mengkritik keras sistem pemerintahan tersebut termasuklah di atas mimbar.
1965 - Beliau telah ditangkap atas alasan mengkritik kerajaan dan dimasukkan ke dalam penjara Abu Za'bal, Qal'ah dan penjara perang selama 2 tahun setengah. dan pada ketika itu, Almarhum Syeikh menjawat jawatan Imam di Masjid 'Ain al-Hayah dan dibebaskan kemudian tanpa jaminan dan syarat.
1972 - Memulakan rentak baru dalam menarik pandangan umum mengenai kejahatan kerajaan yang banyak berbohong kepada rakyat. Syeikh Kisyk adalah antara ulama' yang tegas menyatakan kekesalan terhadap perjanjian 'Camp David' yang dimeterai antara Presiden Mesir ketika itu, Presiden Anwar Saddat dan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin kerana perjanjian itu memihak kepada israel yang sememangnya merampas tanah hak rakyat Palestin yang wajib diperjuangkan.
Beliau sekali lagi ditangkap dan dipenjarakan selama 1 tahun setengah bersama para aktivis Islam yang tidak bersetuju dengan perjanjian itu.
1981 - Syeikh Kisyk dibebaskan dari penjara namun ditegah daripada menjadi Imam Masjid dan dilarang sama sekali daripada menyampaikan apa sahaja bentuk kuliah agama.
Atas inisiatif al Marhum dan rakan-rakan seperjuangan, sebuah masjid yang terletak di Daerah Diyar al Malak dalam mukim Kaherah telah didirikan . Di masjid inilah Syeikh Kisyk menyampaikan kuliah tafsir al Quran, khutbah, serta menggunakan segala kerahan tenaga, idea, kepakaran bersyarah bagi mentarbiah generasi anak-anak dan akhirnya ia menjadi amrkaz tarbiah bagi melatih tentera-tentera Allah yang ingin berjihad demi mendaulatkan Syiar Islam.
Pemergian Syikh Kisyk ketika menemui pencipta begitu mudah dan tenang. Ketika sampai di masjid, beliau telah melakukan solat sunat 2 rakaat seperti biasa sebelum menyampaikan khutbah. namun, pada rakaat yang kedua, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam sujudnya. Solat jenazah ke atas beliau sangat luar biasa seolah-olah ummat islam tidak mahu melepaskan pendakwah agung ini.
Susungguhnya peribadi dan pidato beliau telah mamacu semangat jihad umat Islam dan tentera Mesir untuk berjuang dalam perang ramadhan pada tahun 1973 sehingga mencapai kemenangan dan berjaya menawan kembali Sinai daripada Israel.
"Saya tidak akan meninggalkan jihad kecuali dengan tiga alasan. pertama, saya terbunuh di Afghanistan. kedua, saya terbunuh di Peshawar, ketiga atau saya keluar dari Afghanistan dengan kedua tangan saya digari"
Dr. Abdullah Azam atau Syeikh Azzam lahir pada tahun 1941 di desa As-ba'ah Al-Hartiyeh, wilayah Jenin di sebelah baratt sungai jordan. setelah menamatkan pendidikan awal dan lanjutan di kampungnya, dia melanjutkan pelajaran di kolej khadorri dekat kota tulkarem, palestin untuk mengambil jurusan pertanian peringkat diploma. setelah menamatkan pengajian di situ, syeikh azzam bertugas sebagai guru di perkampungan adder, jordan. kumudian, beliau melanjutkan pengajian di syariah college di universiti damsyik, syria bagi memperolehi gelaran B.A pada tahun 1966.
Semasa perang enam hari antara mesir dan israel tercetus, rejim Yahudi telah berjaya menduduki Tebing Barat. Pada ketika itu jugalah Syeikh Azzam berpindah ke Jordan untuk melibatkan diri dan bergabung dengan Ikhwanul Muslimin Palestin di sana. Beliau telah melibatkan diri dalam beberapa pertempuran penting, antaranya ialah al-Massyru'. Dalam perang ini seramai 63 orang Yahudi telah terbunuh.
Syeikh Azzam kemudiannya berangkat ke Mesir untuk melanjutkan Pengajian Islam di Universiti al Azhar, Kaherah dan mendapat gelaran master dalam bidang Syariah.
1971 - Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Universiti Jordan di Amman
1973 - Kembali ke universiti al Azhar dan memperoleh Ph.D dalam bidang Usul Fiqh
1980 - Dilantik sebagai pensyarah di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dan Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, namun meninggalkan jawatan itu untuk memberikan sepenuh masa kepada perjuangan jihad d Afghanistan.
Pada tahun 1980, beliau berpindah ke Peshawar (Pakistan). Di sana beliau mendirikan Baitul Ansar, sebuah Lembaga yang menghimpunkan bantuan untuk para mujahidin Afghanistan. Beliau juga telah menerbitkan sebuah media Ummah Islam. Menerusi majalah inilah ia membangkitkan kesedaran umat tentang jihad. Menurutnya, jihad di Afghanistan adalah tuntutan Islam dan menjadi tanggungjawab umat Islam di seluruh dunia.
Seruannya tidak sia-sia apabila jihad di Afghanistan berubah menjadi jihad universal yang diikuti oleh seluruh umat Islam di pelosok dunia. Pemuda-pemuda Islam dari seluruh dunia rasa terpanggil dengan fatwa-fatwa Abdullah Azzam, bergabung dengan para mujahidin Afghanistan bukan sahaja dari rantau Sub Continent, Arab, Afrika bahkan negara-negara Asia.
Peranannya mengubah pemikiran umat Islam tentang betapa pentingnya jihad di Afghanistan telah membuahkan hasil yang sangat mengagumkan. Soviet Union sebagai negara besar harus pulang dengan rasa malu kerna tidak berhasil menakluki Afghanistan.
Beliau pernah mengetuai barisan mujahidin Arab dalam perang Afghanistan-Soviet Union pada bulan Ramadhan 1407H/1987M. Pertempuran ini juga dikenali sebagai perang Jajih dan merupakan perang yang tersangat sengit terpaksa dihadapi oleh tentera Russia.
Musuh Allah sentiasa merancang untuk menamatkan perjuangannya di bumi jihad Afghanistan dengan pelbagai konspirasi yang telah diatur. Beberapa kali Abdullah Azzam menerima ujian pembunuhan sehingga akhirnya beliau terbunuh pada hari Jumaat, 24 November 1989. tiga buah bom yang sengaja dipasang di kawasan yang biasa dilalui oleh abdullah azzam meledak ketika sedang meletakkan kenderaannya untuk menunaikan
solat jumaat di pashewar, pakistan.
Syeikh Azzam bersama dua orang anaknya meninggal di tempat kejadian. kenderaan beliau hancur lebur disebabkan letupan bom yang begitu kuat sehingga memutuskan aliran eletrik di kawasan sekitarnya. dianggarkan bahan letupan berkuasa tinggi telah dibunakan iaitu TNT seberat 20 kilogram.
Walaupun tubuh mereka hancur, namun keajaiban telah terjadi pada jasad Abdullah Azzam. Tubuhnya masih utuh bersandar pada sebuah tembok dengan hanya sedikit darah yang mengalir dari bibirnya yang memancarkan bauan syurga beraroma kasturi.
"Sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupan, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku.
Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya.
Sesungguhnya membiarkan Ummat Islam di sembelih di atas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata " la haula wala quwwata illa billah" atau dengan hanya mengucap "innalillahi wainna ilaihi rajiun" dan hanya melepaskan geram di tangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada suatu perancangan yang rapi untuk mengahadapi permasalahan tersebut, hanyalah satu kepura-puraan terhadap agama Allah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri di segenap sudut.
Aku tidak nampak apa-apa perbezaan diantara mereka yang meninggalkan peperangan pada jalan Allah (jihad) dengan mereka yang meninggalkan sembahyang, puasa dan zakat.
Sesungguhnya aku melihat bahawa tiada suatu amalan pun dapat menampung kekosongan kewajipan jihad yang ditinggalkan itu walaupun ia bernama dakwah, tarbiyyah, tulisan dan sebagainya.
Barangsiapa yang bertemu dengan Allah (mati) tanpa senjata di tangan mereka, maka sesungguhnya mereka bertemu dengan Allah dalam keadaan berdosa kerana meninggalkan 'qital' melainkan orang-orang yang dalam keuzuran syarie.
Aku melihat bahawa mereka yang diampunkan oleh Allah SWT sekiranya meninggalkan jihad hanyalah orang buta, orang cacat, dan orang-orang yang lemah (mustad'afin) samada daripada kalangan lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak di mana mereka itu tidak mampu untuk berjihad dan tidak ada jalan lansung untuk menunaikannya.
Wahai kaum Muslimin...
Kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian juga terhasil dari jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.
Wahai para Pendakwah...
Tiada berharga kalian berpanas cahaya matahari melainkan kalian menyandang senjata bagi mengahadapi golongan taghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang yang zalim yang semakin bermaharajalela".
(Sumber: TOKOH-TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD MODEN
Zainudin Hashim & Riduan Mohamad Nor)