top of page
ETIQA TAKAFUL BERHAD
APA ITU TAKAFUL ?

Takaful merupakan perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

 

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

 

ETIQA TAKAFUL BERHAD adalah hasil usaha sama dengan MAYBANK BERHAD

Mayban Fortis Holdings Berhad lahir pada tahun 2001 hasil daripada kerjasama diantara bank tempatan terbesar Malaysia, Maybank dan Fortis, penyedia penyelesaian kewangan terbesar di Eropah. Dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis kerjasama ini menyaksikan penggabungan semua syairkat insurans Maybank di bawah Mayban Fortis.

Berasakan kekukuhan Maybank di dalam pasaran tempatan dan juga kepakaran Fortis di dalam bankasurans, kerjasama strategik ini menyaksikan peningkatan dalam premium yang dikeluarkan oleh Mayban Fortis daripada RM0.7 bilion pada tahun 2002 kepada RM1.3 bilion pada tahun 2005. Mayban Fortis, penyedia bankasurans paling pesat di negara ini, berazam untuk menjadi peneraju industri insurans dalam semua saluran pengedarannya dan memperluaskan perniagaan takafulnya keperingkat antarabangsa.

Pada tahun 2005, Mayban Fortis terus berkembang dengan pengambilhalihan Malaysia National Insurance Berhad, penyedia insurans tempatan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Berhad, peneraju penyedia takaful di Malaysia. Penggabungan ini menjadikan Mayban Fortis syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia. Sejajar dengan penggabungan ini, Dato Aminuddin Md Desa telah dilantik sebegai Ketua Pegawai Eksekutif untuk menerajui syarikat gabungan ini.

Pada hari ini, Mayban Fortis adalah merupakan penyedia produk dan perkhidmatan insurans dan takaful yang menggunakan pelbagai saluran seperti tenaga agensi, cawangan insurans dan takaful, cawangan Maybank, internet, ATM dan lain-lain bank, menyediakan pecapaian dan kemudahan yang tiada tandingannya untuk para pelanggan.

Untuk tahun kewangan 2007, premium keseluruhan Mayban Fortis ialah RM4 bilion, menjadikannya penyedia insurans kedua terbesar di Malaysia, dengan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM 313.5 juta.

Pada akhir tahun 2007, penggabungan antara Mayban Fortis, Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional tiba ke kemuncaknya apabila penaggabungan ini diberikan jenama baru iaitu Etiqa. Malaysia National Insurance dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad. Kedua-duanya kekal sebagai subsidiari Mayban Fortis.

KENALI TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD MODEN

SYEIKH ABDUL HAMID KISYK


Dalam sejarah islam moden, rakaman sejarah telah ditoreh dengan tinta emas oleh Syeikh Abdul Hamid Kisyk, ulama' buta al Azhar yang juga merupakan seorang pemidato yang hebat. sebut saja nama Syeikh Kisyk, rata-rata dikalangan masyarakat tempatan Mesir dan para pelajar luar di universiti al Azhar mengenali betul ketokohannya, khususnya ketika menyampaikan khutbah yang bukan sahaja mampu mengalirkan airmata setiap pendengar, malah...

DR. ABDULLAH AZZAM

 

"Saya tidak akan meninggalkan jihad kecuali dengan tiga alasan. pertama, saya terbunuh di Afghanistan. kedua, saya terbunuh di Peshawar, ketiga atau saya keluar dari Afghanistan dengan kedua tangan saya digari"

 

CIRI - CIRI TAKAFUL

1) Sistem Islam

 

Konsep Takaful ialah 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang kurang bernasib baik" dan ia merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam

Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji)

 

 

 

2) Sumbangan At-Tabarru'at

 

 

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas

 

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

 

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

 

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

 

 

 

3) Pelaburan Halal

 

Wang peserta hanya akan dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

 

Bentuk pelaburan tersebut adalah:

 

  • Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).

  • Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).

  • Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).

  • Harta bangunan.

  • Pembiayaan perumahan.

  • Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

 

 

 

4) Dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah

 

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-

 

"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"

 

 

 

5) Tiada Unsur Riba

 

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional

 

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

 

 

 

6) Tiada Unsur Maisir (Judi)

 

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

 

 

  • Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.

 

  • Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.

 

  • Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

 

 

 

7) Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)

 

Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :

 

"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:

 

 

  • Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan

 

  • Tidak diketahui kadar bayarannya

 

  • Tidak diketahui bila masanya

 

 

 

8) Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)

 

 

Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat. Nisbah tersebut ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan. walaubagaimanapun, Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat 

 

 

Contoh

Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat

 

 

TAKAFUL - APA KELEBIHANNYA ?

 

1)  Sistem Islam

 

  •   Prinsip ta'awun iaitu tolong menolong

  •   Prinsip tadhiyar - korban kepentingan diri untuk          orang lain

 

2)  Mengajak / mengatur menyertai

 

3)  Sumbangan dengan konsep Tabarru'

 

4)  Derma bersyarat tolong menolong

 

5)  Pahala / Kebajikan

 

6)  Ada peserta, niat murni, syarat, saksi

 

7)  Pelaburan - untung dikongsi

 

8)  Al-Mudharabah % dipersetujui RM tidak tentu                  dijanjikan

 

9)   Sumbangan ditabungkan kepunyaan peserta

 

10) Syarikat Takaful hanya pengendali tabung /akaun             peserta

 

11) Untung milik bersama antara syarikat                             pengendali dan peserta

 

12) Pelaburan saham yang HALAL sahaja

 

13) Lembaga Pengarah - Majlis Pengawasan Syariah

 

14) Prinsip Muamalah Islam

 

15) Tiada unsur riba, gharar , maisir malah lebih adil

 

16) Jika berhenti selepas 1 tahun, peserta mempunyai           nilai serahan

 

17) Bonus diberi pada setiap tahun dan boleh                       dikeluarkan

 

18) Boleh mengeluarkan duit tanpa faedah

 

19) Zakat perniagaan dibayar

 

20) Tabung jariah membantu kita semasa di alam kubur

  • Facebook App Icon

CONNECT WITH US

 

 

 

 

Etiqa Oneline 1300 13 8888

 

www.etiqa.com.my

 

www.facebook.com/etiqa

 

TEL:

Haryati (013 929 1220)

‹MAIL:

Haryati_etiqa@yahoo.com

 

 

 

 

© 2014 by Your Hajj & Umrah Consultant

bottom of page